Apakah itu SISTEM AFFILIATE

Apakah itu SISTEM AFFILIATE?
Affiliate adalah sistem komisyen yang dipasang oleh penjual produk digital pada web jualan dengan tujuan mengagihkan keuntungan jualan kepada ahli yang mengiklankan produk mereka.
 
GAMBARAJAH PERJALANAN SISTEM AFFILIATE 
(sila baca ikut urutan)
Boleh dikatakan hampir semua produk digital seperti ebook, template, web keahlian atau produk fizikal yang dijual secara online memasang sistem affiliate ini untuk memastikan para blogger atau forumer mengiklankan produk mereka secara meluas di internet. Oleh itu si penjual memperoleh keuntungan atas jualan produk, di si pengiklan mendapat komisyen jika ada pembeli yang membeli melalui link iklan mereka.
Tanpa anda sedari sebenarnya teknik pengiklanan affiliate digunakan hampir di mana sahaja di internet.
Tidak kira samaada di blog, atau di enjin carian google, terdapat pelbagai teknik pengiklanan affiliate yang sedang dilakukan. Ahli affiliate memperoleh ribuan ringgit setiap minggu hanya dengan mengiklankan banner atau link web jualan produk orang lain.
Kebiasaannya, pemilik produk akan menawarkan komisyen dari 20% ke 50%. Katakan harga purata sesebuah ebook adalah sekitar RM50. Oleh itu, setiap jualan anda berpotensi memperoleh komisyen affiliate RM10 ke RM25.
Bagi affiliaters yang berpengalaman, biasanya mereka akan menawarkan hadiah bonus sekiranya produk tersebut dibeli melalui affiliate link mereka. Ini membolehkan mereka mengatasi saingan pengiklan yang lain terutamanya jika iklan tersebut diletakkan di forum-forum awam.
Apakah SISTEM AFFILIATE MULTI-TIER?
Sama seperti affiliate, si pengiklan tetap mendapat komisyen dari jualan mereka. MULTI-TIER bermaksud jika terdapat ahli yang mendaftar sebagai affiliate di bawah iklan affiliate anda, anda akan mendapat komisyen dari setiap jualan mereka.
 
GAMBARAJAH CONTOH AFFILIATE MULTI-TIER
Berdasarkan dari gambarajah tersebut, katakan PENGIKLAN 3 berjaya membuat jualan, PENGIKLAN 2 dan PENGIKLAN 1 turut mendapat komisyen  masing-masing dengan jumlah tersendiri bergantung kepada tawaran si penjual.
Walaupun teknik Affiliate Multi-Tier ini lebih hebat dari affiliate biasa, jarang kita dapat jumpa web jualan yang memasang sistem ini. Ia disebabkan penjual ingin mengaut keuntungan lebih tanpa perlu mengagihkan keuntungan kepada lebih banyak pihak. Lagipun kos memansang sistem Affiliate Multi-Tier ini lebih mahal berbanding sistem affiliate biasa. Kebiasaannya, sistem Affiliate Multi-Tier mempunyai level maksima iaitu sehingga 4 level.
Bergantung kepada kebijaksanaan ahli affiliate, sistem begini mampu menjana pendapatan jangka masa panjang mengikut jenis produk yang diiklankan.
Yang mana patut anda pilih?
Sudah tentu kedua-duanya hebat dan boleh dilakukan pada masa yang sama. Affiliate biasa dan Affiliate Multi-Tier adalah benda yang sama cuma jika anda memilih Affiliate Multi-Tier, potensi pendapatan anda mungkin lebih tinggi. Pendek kata, jika sebelum ini anda pernah mempromosikan program affiliate, sudah tentu anda mampu untuk mempromosikan program Affiliate Multi-Tier.
Anda layak untuk manjalankan kedua-dua program ini sekiranya anda memiliki salah satu skill di bawah:




  • Tahu menggunakan komputer & internet




  • Mempunyai keahlian laman sosial seperti facebook & friendster




  • Suka melayari blog orang lain dan meninggalkan komen




  • Suka berforum serta meninggalkan post




  • Mempunyai website sendiri atau blog




  • Suka meninggalkan pesanan di SHOUTBOX website lain
Jika anda mempunyai salah satu skill di atas, anda sudah boleh menyertai program affiliate dan memperoleh pendapatan lumayan hanya dengan mengiklankan produk orang lain.
 
Apakah perbezaan AFFILIATE MULTI-TIER dan MLM (Multilevel Marketing)?
Secara keseluruhan, ia adalah sama. Cuma yang membezakan adalah MLM biasanya dilakukan secara manual dan ahli-ahlinya perlu mencari prospek dengan mengajak rakan-rakan atau mengedarkan flyers serta membuat presentation secara lisan. Berbanding dengan Affiliate Multi-Tier, ia 100% dilakukan secara online. Semua teknik pencarian prospek dan presentation juga dilakukan secara online. Mungkin anda masih tidak jelas, biar saya tunjukkan perbezaan dari segi langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan 2 program ini.
Langkah
MULTILEVEL MARKETING
AFFILIATE MULTI-TIER
1
IKLAN/EDAR FLYERS
IKLAN ONLINE
2
BERJUMPA
DAPAT DUIT KOMISYEN
3
PENERANGAN

4
ISI BORANG

5
DAPAT DUIT KOMISYEN

Menjalankan program MLM, anda perlu mempromosikan secara manual dan untuk mendapatkan hanya seorang yg berminat, mungkin anda telah menghabiskan ratusan flyers. Selepas itu, anda harus menetapkan masa untuk berjumpa individu tersebut seterusnya melakukan penerangan. Anda mungkin perlu bertemu beliau beberapa kali sebelum setuju untuk mengisi borang. Barulah anda dapat komisyen setelah semuanya selesai dan kesemua langkah itu perlu diulangi berkali-kali. Menjalankan program Affiliate Multi-Tier, anda hanya perlu iklan di Internet, dan tunggu sehingga ada penyertaan. Semua urusan penerangan, pendaftaran, pembayaran diuruskan oleh website penjual. Anda hanya perlu menunggu duit komisyen setelah jualan Berjaya dibuat.
Kesimpulannya, melaksanakan program Affiliate Multi-Tier adalah lebih mudah berbanding dengan perniagaan MLM. Anda tidak akan hilang rakan-rakan, saudara-mara malah adik beradik hanya kerana mereka tidak mahu mendengar penerangan anda. Bagaimana? Adakah anda nampak peluang sekarang?

Sertai Program Reseller HYPROBULKSMS

 Daftar Sekarang: